20 Oktober 2013 Institusi Penjara Taiping, Perak menerima lawatan kerja dari Ahli-ahli Mesyuarat antara Agensi Bagi Menggubal Dan Meminda Akta Penjara 1995 (AKTA 537) ke Penjara Taiping yang diketuai oleh KPj Dato' Alzafry Mohamed Alnassif Bin Mohamed Adahan, Pengarah Dasar Kepenjaraan disertai bersama Pn. Habsah Binti Md. Sidek, Setiausaha Bahagian Kepenjaraan, Anti Dadah dan Pertahanan Awam, Kementerian Dalam Negeri, Pn. Muna Binti Mohamed Jaafar, Timbalan Pendakwaraya Perak. Rombongan disambut oleh PKK Shukri Bin saad Pengarah Penjara Taiping serta Pegawai Kanan Penjara Taiping. Dalam lawatan kerja tersebut, KPj Dato? Alzafry Mohamed Alnassif Bin Mohamed Adahan telah melawat Bangunan B serta Bengkel Seramik. Lawatan selesai pada jam 12.00 tengahari.
""